Search

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts
Malam Lailatul Qadar ?

MALAM LAILATUL QADAR

Atas pendapat yang shohih, Malam Lailatul Qadar terjadi diantara malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan (21,23,25,27,29). Ini adalah pendapat Al-Hafidz, Abu Tsaur, Al- Mizzi, Ibnu khuzaimah, Ibnu Daqiqiel Ied dan sejumlah kalangan ulama. Berdasarkan hadits Aisyah dan Abu sa’id Radhiyallahu’ anhuma , Rasulullah Shalallahu ‘alahi wassallam bersabda :
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Artinya : ”Berjaga-jagalah (carilah) Lailatul Qodar pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan” ( HR. Bukhari No. 2016-2017)
Dan bagi yang menghidupkan malam-malam lailatul qodar dengan ibadah yang disyariatkan maka dia termasuk yang dijanjikan mendapatkan keutamaan malam tersebut, walaupun dia tidak mengetahui bahwa malam tersebut adalah malam lailatul qadar. Ini adalah pendapat Ath-Thabari, Ibnu Arobi dan Sebagian ulama dan pendapat ini yang dikuatkan oleh Ibnu Utsaimin Rahimahullah .

Rasulullah Shalallahu ‘alahi wassallam apabila Ramadhan telah memasuki sepuluh hari terakhir, beliau semakin menggiatkan ibadahnya. Sebagaimana dalam hadits Aisyah Radhiyallahu’ anha :
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وجد وشد المئزر
Artinya : “Rasulullah Shalallahu ‘alahi wassallam apabila telah memasuki sepuluh hari (terakhir dari Ramadhan), belliau membangunkan keluarganya (untuk beribadah), menggiatkan dan bersungguh-sungguh dalam ibadahnya” (HR. Muslim No. 1174)

Malam lailatul Qadar memilki beberapa tanda, diantaranya :

Hawa pada malam tersebut sedang, tidak panas tidak pula dingin. Rasulullah Shalallahu ‘alahi wassallam bersabda :
و هي ليلة طلقة بلجة لا حارة و لا باردة
Artinya : “Dan Malam lailatul qadar adalah malam yang cerah dan terang, tidak panas dan tidak pula dingin “ (HR. Ibnu Huzaimah dari Jabir dan Ibnu Abbas, dan Diriwayatkan Ahmad dari Ubadah, datang juga dari sahabat yang lain dan dihasankan oleh Al-Allamah Al-Albani Rahimahullah dalam Shohihul Jami’ No. 5472 atau 5475 )

Turun hujan pada malam tersebut, sebagaimana dalam hadits Abu Sa’id Radhiyallahu’ anhu , ketika beliau mengabarkan tentang jatuhnya malam lailatul qadar:
فمطرنا ليلة ثلاث وعشرين
Artinya : “Dan turun hujan pada kami pada malam dua puluh tiga (Ramadhan)” (HR. Bukhori No. 2118 dan Muslim No. 1168)

Pada pagi harinya matahari terbit tidak menyilaukan mata, berdasarkan hadits Ubay bin Ka’ab Radhiyallahu’ anhu :
والله إني لأعلم أي ليلة هي هي الليلة التي أمرنا بها رسول الله صلى الله عليه و سلم بقيامها هي ليلة صبيحة سبع وعشرين وأمارتها أن تطلع الشمس في صبيحة يومها بيضاء لا شعاع لها
Artinya : “ Demi Allah, sungguh aku telah mengetahui pada malam keberapa malam itu (lailatul qadar) , malam itu adalah malam yang Rasulullah Shalallahu ‘alahi wassallam memerintahkan kami padanya untuk menghidupkannya yaitu malam dua puluh tujuh dan tandanya adalah terbitnya matahari pada subuh hari itu berwarna putih dan tidak menyilaukan mata “ (HR. Muslim No. 762)

Wallahu a'lam

Referensi : 
https://t.me/alilmoe/4652
Nuzul Quran Dalam Ramadhan

Bagaimana Al-Quran itu diturunkan

Al-Quran adalah kalamullah yang tidak sama dengan kata-kata manusia atau makhluk. Al-Quran sendiri diturunkan oleh Allah secara dua fase, dengan lebih jelas sebagai berikut :

Fase 1, dari Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam al-Qadar (turun sekaligus dalam bulan Ramadhan).

Dalilnya Quran surah ke-2 Al-Baqarah ayat 185
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Artinya :" Bulan Ramadhan padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbedaan antara yang benar dengan yang salah"

Surah ke-97 Al-Qadr ayat 1
اِنَّآ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Artinya : " Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam qadar"

Tokoh terkenal ilmu al-Quran al-Imam al-Zarqani (1367 H) menukilkan riwayat dari Imam al-Hakim (405 H) dan Imam al-Baihaqi (458 H) dari jalan Mansur (132 H) dari Sa’id bin Jubair (95 H) dari Ibnu ‘Abbas (68 H) رضي الله عنهما , beliau berkata:
أُنْزِلَ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا كَانَ بِمَوْقِعِ النُّجُومِ، فَكَانَ اللَّهُ يُنَزِّلُهُ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْضُهُ فِي أَثَرِ بَعْضٍ
“Allah turunkan Quran sekaligus kepada langit dunia ( Baitil 'Izzah ), penurunan kali kedua pula adalah berlaku beransur-ansur, Allah turunkan Quran ke atas Baginda Rasul-Nya ﷺ sebahagian Quran selepas sebahagian lagi.”

HR. Al-Hakim (3958) al-Mustadrak, al-Baihaqi (3386) dalam Syu’ab al-Iman, Manahil al-‘Urfan, 1/45. Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih mengikut syarat Imam Bukhari dan Muslim.

Fase2, dari Baitil 'Izzah kepada Baginda Rasulullah ﷺ, berlaku secara beransur-ansur selama 23 tahun, bermula sejak Nabi ﷺ dilantik menjadi Rasulullah ﷺ hingga Nabi ﷺ wafat.

Dalilnya di Quran surah ke-17 Al-Israa' ayat 106 :
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا
“Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

Pandangan Ijma’ Ulama’ : 
  • Jumhur ulama' berpandangan selain al-Quran seperti kitab Taurat dan lain-lain kesemua itu diturunkan sekaligus, berbeza dengan al-Quran.
  • Imam al-Qurthubi (671 H) berkata dalam tafsirnya : “Dan ulama’ tidak ada khilaf (maksudnya sepakat) pada penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz pada Malam al-Qadar secara SEKALIGUS.” [Tafsir Jami’ li Ahkam al-Qur’an, 2/297]

Hikmah Diturunkan Al-Quran Secara Beransur-ansur

Al-‘Allamah al-Syeikh Muhammad ‘Ali al-Sabuni Hafizahullah - Ulama’ Besar di Syria - beliau menyatakan : 
  • Hendak diteguhkan hati Nabi ﷺ di hadapan kaum Musyrikin. 
  • Memudahkan menghafaz dan memahami al-Quran ke atas orang-orang Islam.
  • Sesuai perjalanan segala peristiwa yang berlaku dan peringatan atas peristiwa itu pada ketika berlakunya.
Begitu juga untuk tadarruj / perlahan lahan ditetapkan hukum-hakam Islam seperti pengharaman arak yang berlaku secara beransur-ansur, riba, judi dan lain-lain kerana maksiat dosa ini telah lama berakar umbi dalam masyarakat Arab Jahiliyyah, maka al-Quran diturunkan secara beransur-ansur salah satunya pensyariatan haram maksiat-maksiat itu dilakukan secara perlahan-lahan, tidak sekaligus supaya permudahkan mereka terima hukum tersebut.
[Al-Tibyan fi Ulum al-Quran, hlm. 35-40].

Semoga kita dapat menghayati bersama tentang peristiwa Nuzul al-Quran. Wallahua’lam. 

Referensi : https://t.me/asbabunnuzultafasir




Materi